Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) menegaskan mereka tidak akan tunduk dan terikat kepada undang-undang Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).
Menurut Pentadbiran Rumah Putih, Kongres telah menyatakan dengan jelas bahawa rakyat Amerika tidak akan tertakluk kepada peraturan WTO.
Dalam satu surat yang dihantar oleh Wakil Perdagangan AS (USTR) kepada Kongres yang bertajuk ‘Agensi Polisi Perdagangan Presiden 2017’ mengatakan, Donald Trump juga akan sedaya upaya mempertahankan kedaulatan rakyat Amerika berhubung dasar tersebut.
Selain itu, AS juga lebih percaya bahawa matlamat perdagangan boleh dicapai dengan baik dengan memberikan tumpuan kepada rundingan dua hala berbanding perjanjian pelbagai hala.
Sementara itu, Ketua Pengarah WTO, Roberto Azevedo membidas tindakan AS itu dan menegaskan negara berkenaan mempunyai pelbagai masalah perdagangan, termasuk mengenai sistem penyelesaian pertikaian pertubuhan tersebut.
“Saya bersedia untuk duduk dan membincangkan perselisihan yang berlaku serta perkara lain dengan anggota perdagangan dari AS sekiranya mereka mahu berbuat demikian,” kata Azevedo.
Dalam perkembangan sama, China bersedia menjadi pembela sistem perdagangan antarabangsa dan memberikan sokongan penuh kepada WTO.
“China mahu bekerjasama dengan semua anggota WTO bagi memastikan pertubuhan itu terus memainkan peranan penting dalam perdagangan global,” kata jurucakap Kementerian Luarnya, Geng Shuang. – AFP
3 Mac 2017 - 20:19
News ID: 815454
Amerika Syarikat (AS) menegaskan mereka tidak akan tunduk dan terikat kepada undang-undang Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO).